• Entri Terkini

    Tuesday, January 17, 2017

    PM Ucap Takziah Atas Kematian Adun Sungai Air Tawar


    KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik, yang meninggal dunia hari ini.

    “Innalillah. Terima berita ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik telah pulang ke rahmatullah pagi tadi.

    “Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,” tulis perdana menteri dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini.

    Kamarul Zaki, 58, dipercayai meninggal dunia akibat masalah jantung selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Sabak Bernam kira-kira puku 8 pagi tadi.

    Pada pilihan raya umum lepas, Kamarol Zaki yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS, Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PM Ucap Takziah Atas Kematian Adun Sungai Air Tawar Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top