• Entri Terkini

    Tuesday, January 10, 2017

    Poster Ucapan Tahniah Noh Omar Untuk Faiz Dikecam


    ENTAH di mana silapnya? Kali ini Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

    Noh Omar menerusi laman Facebooknya memuat naik poster ucapan tahniah kepada Faiz yang berjaya merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016.

    “Tahniah Faiz Subri. Kita berbangga dengan pencapaian cemerlang di anugerah Puskas Fifa,” tulisnya.

    Namun, perkongsian bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini dipersoalkan netizen apabila gambar beliau lebih besar berbanding individu yang diraikan iaitu Faiz.



    “Kenapa gambar Noh Omar lebih besar dari Faiz Subri? Nak rai siapa sebenarnya?” tulis Amar Auzirulanuar.

    Tidak kurang juga dengan sikap netizen yang mempersoalkan siapa pemilik nama Faiz Subri yang menjadi tular (viral) hari ini.

    “Sapa Faiz Subri…over sangat,” tulis Airie Zahkuan.

    Pelik betul dengan perangai netizen ini apabila perkara tersebut dijadikan sebagai satu isu sedangkan sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kemenangan Faiz yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

    Disebalik komen tersebut, masih ramai lagi netizen yang mengucapkan tahniah atas kemenangan Faiz yang menjadi pemain Asia pertama dikurniakan anugerah berkenaan. – MYNEWSHUB
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Poster Ucapan Tahniah Noh Omar Untuk Faiz Dikecam Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top