• Entri Terkini

    Monday, January 02, 2017

    Program Allahyarham Noriah Kasnon Diteruskan Oleh Muslimin Yahaya

    Muslimin Bin Yahaya Pengerusi PDK Seri Setia Pasir Panjang,Sungai Besar memulakan program diawal tahun 2017 ini dengan menziarahi anak2 istimewa disekitar Pasir Panjang dalam Program Ziarah Kasih OKU Terlantar dan turut menyampaikan bantuan kewangan untuk anak-anak OKU Terlantar bagi Tahun 2017 kepada anak2 istimewa ini.

    Ketika ditemui beliau berkata program ini dilakukan secara rutin dua kali setiap awal tahun dan di pertengahan tahun.

    Biasanya program ini akan turut disertai oleh Allahyarham Tan Sri Dato Hajjah Noriah Kasnon selaku Penaung PDK dan yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar ketika itu dimana beliau akan memberi sumbangan dan hamper kepada anak-anak OKU Terlantar ini.

    Kerajaan BN menyediakan elaun kepada OKU Terlantar ini sebanyak RM 785.00 kepada setiap seorang OKU Terlantar yang layak untuk menerimanya dan ia diselia oleh pegawai JKM Daerah dan dibantu oleh penyelia-penyelia PDK yang mana mereka akan datang kerumah anak-anak istimewa ini dan melakukan bantuan pemulihan mengikut modul yang telah ditetapkan oleh JKM.


    Hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Tan Sri Dato Hajjah Noriah Kasnon.







    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Program Allahyarham Noriah Kasnon Diteruskan Oleh Muslimin Yahaya Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top