• Entri Terkini

    Thursday, January 12, 2017

    Rakyat Malaysia Taksub Media Sosial - Dr Khir

    Bertempat di Sekolah Kebangsaan Tok Khalifah, mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo merasmikan program Motivasi Keibubapaan Dan Kecemerlangan UPSR SKTK 2017.

    Dalam majlis perasmian tersebut, Dr Khir mengingatkan diri dan hadirin yang hadir bahawa ibu bapa merupakan contoh kepada anak-anak. Oleh kerana itu ibu bapa perlu memberikan teladan yang baik kepada anak-anak dan menjadi yang terbaik untuk mereka.

    Ibubapa juga perlu bersyukur dengan Allah kerana anak-anak yang diberi adalah salah satu pemberian yang tidak ternilai. Redha orang tua kepada anak-anak begitu bernilai sambungnya lagi.

    Tambah Dr Khir didiklah anak dengan penuh kasih sayang dan jangan sombong dengan orang di sekeliling. Program mentor-mentee perlu dibuat bagi memotvasikan para pelajar.

    Menurut Dr Khir lagi media sosial dilihat menjadi pendinding kepada keluarga di mana rata-rata rakyat Malaysia menjadi taksub terhadapnya dan akan menjadi punca kepada institusi kekeluargaan dan menjadikan anak-anak terbiar dan kekurangan kasih sayang.

    Kualiti bersama keluarga amat penting bagi menaikkan lagi semangat kepada anak2 utk berjaya.

    Guru-guru dan ibu bapa perlu meredhai anak-anak agar pembelajaran mereka menjadi berkat dan juga mendapat rahmat daripada Allah.

    Beliau turut menggesa agar bacalah al-quran kerana al-quran merupakan panduan hidup umat Islam dan beliau percaya bahawa jika ibu bapa mengamalkan membaca al-quran,nescaya anak-anak akan lembut hati dan turut sama membacanya.





    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rakyat Malaysia Taksub Media Sosial - Dr Khir Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top