• Entri Terkini

    Tuesday, January 17, 2017

    Video TPM Ziarah Pusara Allahyarham Tan Sri Adenan Satem



    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi keluarga Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, di kediaman bekas Ketua Menteri Sarawak itu, “Damai Jaya” di Santubong dekat sini hari ini.

    Dalam kunjungannya ke sini, Ahmad Zahid diiringi oleh Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    Ketibaan beliau pada pukul 6.25 petang disambut oleh Ketua Menteri yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, balu kepada Allahyarham Adenan, Puan Sri Jamilah Anu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohammad Morshidi Abdul Ghani.

    Ahmad Zahid akan bersama-sama solat Maghrib dan Isyak serta menyertai Majlis Tahlil yang diadakan untuk Allahyarham Adenan.

    Terdahulu, Zahid melawat pusara Adenan di Tanah Perkuburan Islam Samariang yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan lain-lain.

    Adenan meninggal dunia kerana komplikasi jantung pada usia 72 tahun, Rabu lepas di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan dekat sini.

    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video TPM Ziarah Pusara Allahyarham Tan Sri Adenan Satem Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top