• Entri Terkini

    Thursday, February 16, 2017

    62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin - Kajian Sampah

    gambar hiasan
    Sebuah institut yang dinasihati oleh Mohamed Azmin Ali semalam mendedahkan bahawa 62 peratus dari sejumlah 2,018 responden di Selangor yakin dan percaya terhadap kepimpinan Menteri Besar dari PKR itu.

    Namun, media mesra pembangkang dalam tajuk-tajuk laporannya pula membayangkan bahawa 62 peratus berkenaan adalah kununnya dari seluruh rakyat Selangor. Padahal, keseluruhan rakyat di Selangor mencecah lebih dari 6 juta orang. Jadi, kajian serta laporan media berkenaan sekadar bermain persepsi murahan semata-mata.

    Selain itu, logikkah institut yang dinasihati Azmin akan melaporkan perkara tidak elok terhadap 'big boss' mereka sendiri? Sudah semestinya sehingga ke 10 keturunan sekali pun, institut tersebut akan menyediakan laporan yang menguntungkan dan menaikkan nama baik Azmin. Jadi, dimanakah kredibiliti kajian dari institut berkenaan?

    Realitinya, Azmin kini sedang hadapi krisis yang amat teruk. Apatah lagi apabila isu caj 20 sen beg plastik bukan sahaja membuatkan hidup 100 peratus rakyat Selangor terbeban, malah 2 Exco Azmin sendiri mengaku bahawa tindakan kerajaan negeri termaju itu benar-benar membebankan rakyat di bawah. Jadi, dimana logiknya Azmin disukai rakyat?

    Jadi, cukup cukup sudahlah wahai pembangkang dari terus 'memperkudakan' metod kajian sebegini kununnya hasil dapatan suara rakyat untuk menaikkan semula imej Azmin yang pada alam realitinya sudah hancur dimamah isu. Hanya yang taksub dan tergila-gilakan pujian sahaja akan menggunapakai kajian setaraf 'sampah' sebegini, kerana ia tak ubah seperti suatu usaha yang 'syok sendiri'.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 62 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Azmin - Kajian Sampah Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top