• Entri Terkini

    Tuesday, February 07, 2017

    ADUN BN Batang Kali Disiasat J/kuasa Hak Dan Kebebasan DUN

    SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan hari ini dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya ketika sidang dewan pada 1 Nov tahun lepas.

    Mat Nadzari berkata tindakan itu berikutan beliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat isi ataupun niat dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tidak mengiktiraf sistem raja berperlembagaan.

    “Pendengaran tertutup ini dijalankan berhubung satu usul di bawah peraturan tetap 26(1)(p) oleh ADUN Sungai Pinang (Datuk Teng Chang Kim) yang telah dibentang dan diluluskan DUN Selangor pada November tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pendengaran selama sejam bermula 10 pagi ini di pejabat DUN Selangor, di sini.

    Dalam pada itu, peguam mewakili Mat Nadzari, Kamarudin Ahmad berkata pihaknya akan memfailkan saman pemula dalam masa terdekat di mahkamah bagi mendapatkan ketetapan sama ada anak guamnya melanggar peraturan tetap dewan berhubung kenyataan berkenaan.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Selangor Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama anggota jawatankuasa lain akan bermesyuarat pada 21 Feb ini bagi membuat keputusan berhubung hasil pendengaran itu.

    Katanya, satu penyata akan dibentangkan pada sidang DUN Mac ini berhubung keputusan yang dicapai menerusi jawatankuasa itu untuk dibahaskan.

    Ditanya mengenai saman pemula yang bakal difailkan Mat Nadzari, Yeoh berkata: “prosiding Dewan tidak boleh dicabar di mahkamah”.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ADUN BN Batang Kali Disiasat J/kuasa Hak Dan Kebebasan DUN Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top