• Entri Terkini

    Tuesday, February 28, 2017

    'Anak Istimewa' adalah anugerah Tuhan - Dr.Mohamad Khir Toyo

    Sungai Besar 28/2/2017:
    "Menyayangi dan memberi perhatian dengan penuh kasih sayang dan kesabaran dalam melayani kerenah anak-anak istimewa adalah merupakan tanggungjawab para ibubapa dan masyarakat agar insan istimewa ini dapat menjalani kehidupannya dengan penuh gembira sebagaimana anak-anak yang normal dan mereka tidak akan berasa tersisih atau rendah diri bila berada didalam persekitaran masyarakat" ucapan Dr Mohamad Khir Toyo ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Penyayang Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur Sungai Besar, sebentar tadi.

    Beliau juga menyeru agar ibubapa dan penjaga haruslah berganding bahu dengan guru-guru agar pendidikan terhadap golongan istimewa ini tidak diabaikan dan hubungan rapat semua pihak amat penting dan anak-anak ini juga perlu diberi pendidikan kerohanian dengan melakukan perkara-perkara sebagaimana yang terdapat dalam ajaran islam seperti melakukan solat, membaca al-quraan dan sebagainya.

    Mensyukuri pemberian ALLAH SWT dengan menjaga dan mendidik anak-anak istimewa ini dengan sebaik-baiknya juga merupakan satu ibadah disamping jangan lupa untuk bersedekah membantu golongan yang kurang berkemampuan dan bernasib baik malah dalam al-quraan disebut berulang kali dan kita semua sentiasa dapat hidup dengan penuh kebahgiaan dan ketenangan.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Anak Istimewa' adalah anugerah Tuhan - Dr.Mohamad Khir Toyo Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top