• Entri Terkini

    Wednesday, February 15, 2017

    'Geng Curi Lembu' Sabak Bernam Tumpas

    SABAK BERNAM - Kegiatan licik 'Geng Curi Lembu' sekitar daerah ini yang bergiat aktif sejak tiga bulan lalu tumpas apabila lima ahli kumpulan itu dicekup polis dalam tangkapan secara berasingan sejak Sabtu lalu.

    Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kegiatan itu didalangi dua suspek utama berusia 23 dan 35 tahun selain tiga suspek lain masing-masing berusia 26, 39 serta 44 tahun.

    Menurut beliau, hasil maklumat orang awam, sebanyak 20 ekor lembu pelbagai usia dianggarkan bernilai RM40, 000 berjaya ditemukan di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran berjaya ditemukan di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Haji Hassan, Sungai Nipah, di sini.

    Polis menerima maklumat daripada mangsa berusia 29 tahun yang memaklumkan kenalannya menemui ternakannya di sebuah kebun sawit berdasarkan tanda pada telinga sebelah kiri lembu berkenaan.

    "Penemuan haiwan di kawasan kebun sawit itu membawa kepada pembongkaran kegiatan curi yang didalangi dua suspek utama dalam kes curi yang dilaporkan sebelum ini," katanya.

    Nor Azmi berkata, siasatan awal mendapati, salah seorang suspek mengaku membeli dua ekor lembu dan membantu menjual empat ekor lembu daripada suspek utama.

    "Suspek berusia 23 tahun itu menerima komisen sebanyak RM200 hasil penjualan lembu daripada suspek utama, walaupun mengetahui kenalannya itu tidak memiliki dan menternak haiwan berkenaan," katanya.

    Beliau memberitahu, suspek terbabit juga mengakui ternakan itu diangkut menggunakan sebuah pikap milik bapanya untuk dijual kepada pembeli di sekitar daerah itu.

    "Manakala, suspek utama yang ditahan mengakui mengambil lembu yang dibiarkan berkeliaran dan jatuh ke dalam longkang serta parit di sekitar kawasan kediamannya.

    "Lembu yang dicuri ini kemudiannya diangkut dan disumbat ke dalam sebuah vannya jenis Mitsubishi," katanya.

    Beliau berkata, berdasarkan maklumat kedua-dua suspek itu membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

    "Semua suspek direman selama tiga hari dari tarikh tangkapan dan disambung semula reman bermula hari ini. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi,” katanya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Geng Curi Lembu' Sabak Bernam Tumpas Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top