• Entri Terkini

    Wednesday, February 08, 2017

    Jamal Serah Surat Letak Jawatan

    PUTRAJAYA – Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar di sini. 
    Jamal berkata beliau nekad dengan pendiriannya untuk melepaskan jawatan tersebut kerana tidak mahu membebankan UMNO susulan penahanannya berhubung insiden pencerobohan sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lepas.
    “Beliau (Noh) menasihatkan saya supaya menarik balik surat peletakan
    jawatan itu tetapi saya nyatakan kepada beliau bahawa pendirian saya jelas,
    tidak mahu menjadi beban kepada UMNO kerana saya sayangkan parti,” katanya
    ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

    Jamal berkata Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
    Kerajaan Tempatan, menghormati pendirian tersebut dan akan membawa perkara itu
    untuk dibincangkan di peringkat pengurusan parti.

    Beliau yang berhasrat untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada
    perniagaannya selepas ini, bagaimanapun berkata akan meneruskan amanah yang
    diberi pucuk pimpinan parti jika diminta berbuat demikian.

    Pada Isnin lepas, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah
    Malaysia (GNGMM) mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya dalam UMNO
    selepas dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung
    serbuan ke atas beberapa premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian di
    sekitar Selangor.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jamal Serah Surat Letak Jawatan Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top