• Entri Terkini

    Saturday, February 18, 2017

    Jangan benarkan hidup kita dikuasai oleh teknologi sehingga kita lalai-Dr.Khir Toyo

    "Ibu-bapa perlu berganding bahu dengan guru-guru dalam memastikan kejayaan pendidikan anak-anak dan jangan terlalu bergantung sepenuhnya kepada guru di sekolah semata-mata untuk menjadikan anak insan yang berjaya dan cemerlang." Dr.Mohamad Khir Toyo berkata dalam ucapan di majlis perasmian mesyuarat PIBG SK Sg Hj Dorani sebentar tadi

    Dalam ucapannya beliau turut berpesan agar suka membaca bahan-bahan ilmiah dijadikan amalan dan budaya kerana tabiat membaca dikalangan orang melayu masih lagi  kurang malah ketika berada di masjid sebelum waktu solat jumaat kita boleh melihat jemaah yang membaca al quraan pun tidak ramai berbanding mereka yang suka membaca perkara-perkara yg tidak berfaedah yang boleh dibaca diluar waktu beribadah, adalah lebih baik sekiranya kita mendahulukan membaca quran sebelum membaca yg lain dan Jangan benarkan hidup kita dikuasai oleh teknologi sehingga kita lalai dalam melakukan perkara-perkara yang lebih utama dan hari ini

    Sering kedengaran timbul pelbagai masalah dalam institusi kekeluargaan tentang ibu bapa yang tidak pedulikan keluarga dan mengabaikan anak-anak kerana terlalu leka melayani aplikasi  facebook, whatsapp dan lain-lain di telefon bimbit.

    Keadaan ini semakin membimbangkan dan boleh merosakkan hubungan kekeluargaan dalam masyarakat kita. Ibu-bapa hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik bersama anak-anak  dan  menjaga solat sebagai satu kewajipan yang utama agar institusi keluarga sentiasa dalam keadaan harmoni.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan benarkan hidup kita dikuasai oleh teknologi sehingga kita lalai-Dr.Khir Toyo Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top