• Entri Terkini

    Sunday, February 05, 2017

    Kajian UEC: MCA Sambut Baik Saranan TPM

    MCA hari ini menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar kajian dan penilaian mendalam dibuat terhadap Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) berhubung pengiktirafannya di peringkat kebangsaan.

    Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon berkata sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah untuk memberi pengiktirafan penuh terhadap UEC kerana ia merupakan isu penting yang melibatkan kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam.

    "Saya menyambut baik kenyataan berkenaan, malah Ketua Menteri Sarawak (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) juga membuat kenyataan bahawa UEC terus diiktiraf di negeri itu.

    "Dong Zong juga telah menyatakan kesediaannya untuk berbincang dan mengemukakan beberapa syor bagi menyemak semula dan menambah baik peperiksaan itu agar ia sejajar dengan dasar pendidikan kebangsaan," katanya.

    Chong berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Sri Lanka ke-69 anjuran Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia, hari ini.

    Semalam, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Menteri Pendidikan membuat kajian mendalam dan mengemukakan syor berhubung kedudukan UEC yang tidak diiktiraf di peringkat kebangsaan.

    Kata beliau, apabila syor itu siap disediakan, ia akan dibawa kepada Kabinet untuk diputuskan.

    UEC adalah peperiksaan seragam yang dikendalikan kumpulan pendidikan Cina terkemuka, Dong Zong (Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Malaysia) yang terdapat di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara.

    Pada 1960-an, sekolah itu diswastakan setelah mereka memilih untuk mengekalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kajian UEC: MCA Sambut Baik Saranan TPM Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top