• Entri Terkini

    Monday, February 06, 2017

    Kemana perginya caj 20 sen plastik ?...

    Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  mempersoal ke mana akhirnya kutipan caj 20 dibelanjakan dan wujudkah sistem audit bagi memantau wang tersebut selain tidak ya­kin kempen kerajaan negeri itu akan mencapai objektif ditetapkan.

    Kata Abdul Khalid, jika Mohamed Azmin hendak mendidik rakyat menjaga alam sekitar de­ngan mengurangkan beg plastik, caranya adalah melalui perubahan budaya dan bukannya menambahkan beban pengguna, sedangkan beg plastik masih lagi digunakan secara berleluasa di Selangor.

    “Mengubah budaya bukan dengan cara mengenakan denda, kita mesti cari jalan bagaimana masyarakat boleh guna plastik dan buangnya ke tempat kitar semula, yang paling penting kitar semula. Itu dilakukan Norway, Belanda dan Finland, mereka ubah budaya bukan kenakan denda.

    “Satu lagi persoalannya ialah ke mana duit 20 sen itu? Simpan di mana? Saya rasa duit 20 sen akan habis kerana birokrasi (bukan digunakan untuk tujuan alam sekitar),” ujar Tan Sri Khalid

    Jumaat lalu, Mohamed Azmin berkeras mahu caj 20 sen ke atas pengguna diteruskan, sekali gus menyaksikan harapan jutaan rakyat Selangor agar caj tersebut yang disifatkan banyak pihak sebagai menambahkan beban orang ramai agar ditarik balik, terkubur sama sekali.

    Malah, bukan sahaja rintihan rakyat, Menteri Besar Selangor itu juga langsung tidak mengendahkan teguran yang dibuat dua Exconya sendiri, Amirudin Shari dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi agar kaedah lain dicari bagi menggantikan pelaksanaan caj tersebut.

    Mengulas lanjut mengenai sikap Mohamed Azmin, Abdul Khalid berkata, penggantinya itu tidak sepatutnya berkeras untuk meneruskan kempen tersebut jika tiada sebarang pelan alternatif dikemukakan kerana pada akhirnya yang menjadi mangsa dasar berkenaan adalah rakyat.

    - Utusan Online


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemana perginya caj 20 sen plastik ?... Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top