• Entri Terkini

    Saturday, February 18, 2017

    Kenyataan Media – Bonda kepada Dato’ Menteri Besar Selangor telah kembali ke rahmatullah

    KENYATAAN MEDIA

    18 FEBRUARI 2017

    Bahawa dengan sedih dan dukacita, bagi pihak YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan seluruh ahli keluarga, adalah dimaklumkan bahawa Hajjah Che Tom binti Yahaya, bonda kepada Dato’ Menteri Besar Selangor telah kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar KPJ Damansara pada jam 2.14 pagi, 18 Februari 2017 bersamaan 22 Jamadilawal 1438H pada usia 82 tahun.

    Jenazah akan di bawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan dan solat jenazah sebelum di bawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate. Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate pada jam 9.00 pagi.

    Didoakan semoga Almarhumah Bonda Hajjah Che Tom Binti Yahaya dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat.

    YB HAJI SHUHAIMI BIN HAJI SHAFIEI
    Setiausaha Politik Kepada
    Dato’ Menteri Besar Selangor


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kenyataan Media – Bonda kepada Dato’ Menteri Besar Selangor telah kembali ke rahmatullah Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top