• Entri Terkini

    Thursday, February 23, 2017

    Kerajaan Selangor Halau Pemilik Kedai Kopi Berniaga Lebih 100 Tahun?

    AMPANG, 23 Feb – Tidak berperikemanusiaan, tidak ada toleransi malah memungkiri janji untuk menjadi `Negeri Berkebajikan’.

    Pemilik kedai Kopi Lum Kee itu, Lai Song hilang punca rezeki, itulah yang berlaku kepada seorang peniaga warga emas ini apabila premis miliknya di Pasar Pekan Ampang akan dirobohkan pada 28 Februari ini.

    Pengerusi BN Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, tindakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghalau mereka keluar daripada tempat itu adalah tidak berperikemanusiaan.

    “Saya sedih apabila melihat dihalau secara tergesa-gesa sedangkan sebelum ini MPAJ pernah memberi tempoh selama dua bulan bermula awal Februari lalu. Keluarga mereka telah menjalankan perniagaan ini sejak sebelum merdeka lagi.

    “Di mana letaknya slogan ‘Negeri Berkebajikan’ yang dilaung-laungkan mereka selama ini, Lai Song yang berusia 73 tahun telah diarahkan keluar daripada kawasan itu tanpa memberi sebarang pampasan, malah kawasan baharu yang ditempatkan itu tidak mempunyai sebarang kemudahan seperti elektrik dan air.

    “Lebih teruk lagi keadaannya apabila pihak yang mengusir peniaga itu keluar adalah ahli Majlis Pakatan Harapan yang mewakili PKR iaitu Fong Teck Yong,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang.

    Dalam masa yang sama jelasnya, lebih teruk apabila mereka (mangsa) meminta bantuan dari pemimpin PKR tersebut, dia boleh kata kalau nak minta tolong pergi cari MCA dengan BN.

    “Kenapa kena libatkan sentimen politik dalam hal ini? Sebelum itu Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengarahkan peniaga tersebut keluar daripada kawasan itu dalam masa dua bulan bermula selepas sambutan Tahun Baru Cina.

    “Namun pemimpin PKR itu mendesak supaya Lai Song keluar pada 28 Februari ini. Jika kedai itu dirobohkan, mereka pasti hilang punca rezeki. Beginikah pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat melayan rakyat khususnya di Ampang kini?, ” katanya pada sidang media pada sesi lawatan di Pasar Pekan Ampang, pagi tadi.

    Sehubungan dengan itu, Ismail turut menasihatkan rakyat khususnya pengundi di Ampang dan Selangor supaya sedar dengan permainan politik Pakatan Pembangkang khususnya PKR dan Dap yang memperdaya rakyat untuk meraih sokongan dan undi semata-mata untuk menang pilihan raya, namun tidak dan gagal melaksanakan segala janji dan manifesto mereka sendiri kerana apa yang penting adalah sekadar untuk menang tapi bukannya untuk berbakti kepada rakyat.

    Jika pihak berkuasa MPAJ meneruskan hasrat mereka 28 Februari ini, BN Ampang katanya lagi akan menghalang perkara itu berlaku dan akan membuat demonstrasi bagi mempertahankan peniaga tersebut daripada diusir keluar.

    “Mereka perlu bertimbang rasa, peniaga ini sudah berniaga lebih 100 tahun, sebelum merdeka lagi, takkan kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk membantu mereka sedikit pun?

    “Kerajaan negeri tak boleh buat macam tu, kalau pentadbiran sahaja yang maju tapi pemimpinnya berfikiran ke belakang susahlah rakyat Selangor nanti, “ujarnya.

     sumber
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerajaan Selangor Halau Pemilik Kedai Kopi Berniaga Lebih 100 Tahun? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top