• Entri Terkini

    Friday, February 10, 2017

    'Ladang Babi Selangor' Makin Pesat Membangun Di Kawasan Melayu

    Shah Alam – Kerajaan PKR Selangor dianggap mengkhianati rakyat apabila ‘memenangkan’ pengusaha ladang ternakan babi dengan membenarkan aktiviti itu berleluasa berhampiran Kampung Tumbuk Darat, Kuala La­ngat yang majo­riti penduduknya ber­agama Islam.

    Walaupun dibantah penduduk yang turut menolak cadangan pembinaan ladang babi moden bernilai RM100 juta sejak 2015, namun ia tidak seolah-olah tidak mempunyai apa-apa nilai kepada pentadbiran negeri sehingga kini.

    Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli, pihaknya kesal de­ngan sikap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ‘menutup mata dan telinga’ tentang rungutan rakyat.

    “Sehingga kini saya dimaklumkan tiada apa-apa dibuat berhubung aduan penduduk Kampung Tumbuk Darat mengenai ternakan babi yang menjejaskan kehidupan dan alam sekitar.

    “Malang bagi penduduk kampung kerana kerajaan negeri se­perti mengutamakan pengusaha ternakan babi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Sulaiman berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan Online kelmarin mengenai ‘kepesatan’ aktiviti penternakan babi di daerah Kuala Langat.

    Menurut perangkaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, bila­ngan babi yang dipro­ses di Se­langor pada 2014 berjumlah 525,733 ekor sedangkan bilangan ternakan itu dalam tahun yang sama adalah 273,630 ekor.

    Aktiviti ternakan babi itu te­rus mendapat bantahan apabila Pengerusi Jawatankuasa dan Ke­selamatan Kampung Persekutuan (JKKP) kampung itu, Mohamad Tarmudi Tushiran dilaporkan kesal dengan sikap kerajaan ne­geri yang tidak me­ngendahkan tuntutan agar ia dipindahkan.

    Sementara itu, Pengerusi Re­gim Ubah Selangor, Jefrizal Mohd. Jaafar menegaskan, penternakan babi bukan isu baharu di Kuala Langat, malah berlarutan sejak sembilan tahun lalu.

    “Malah saya difahamkan ada penduduk sanggup menjual ta­nah kerana tidak mahu menanggung masalah penternakan babi berhampiran kawasan mereka.



    “Semasa pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional, pembangkang ketika itu menjadikan isu ternakan babi sebagai modal politik. Sekarang, apabila mereka menjadi kerajaan negeri, ladang babi tanpa lesen sebaliknya didapati tumbuh lebih pesat,” ujarnya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Ladang Babi Selangor' Makin Pesat Membangun Di Kawasan Melayu Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top