• Entri Terkini

    Friday, February 03, 2017

    Polis Perlu Hantar Jamal Ke Tanjung Rambutan - Zuraida

    PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin mengalu-alukan penangkapan Datuk Seri Jamal Yunos semalam, dan mencadangkan polis menghantar pemimpin Umno itu menjalani pemeriksaan mental.

    “Saya mengesyorkan pihak polis merujuk Jamal Yunos untuk pemeriksaan kewarasan di Tanjung Rambutan dan melindungi keselamatan orang awam daripada ancaman beliau,” katanya dipercayai merujuk Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.

    Zuraida yang sebelum ini sering bertikam lidah dengan Jamal, menyifatkan ketua Umno Sungai Besar itu “tidak waras” susulan beberapa aksi protes termasuk “protes tuala” di luar Bangunan SUK, Shah Alam, Disember lalu, bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang.

    “Jamal yang tidak waras setakat ini melakukan adegan termasuk berkeadaan hampir bogel di tengah jalan beberapa bulan yang lalu, beliau menyimbah cat pada wanita dan secara membuta-tuli menuduh dipukul sedangkan rakaman video membuktikan sebaliknya,” kata ketua Wanita PKR itu dalam kenyataan hari ini.

    Pada 21 Disember lalu, Jamal berjalan ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Shah Alam dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang.

    Semalam, polis mengumumkan Jamal dan 9 pengikutnya ditahan atas dakwaan rompakan berkumpulan.

    Ia selepas laporan beberapa kecurian berlaku ketika Jamal dan berpuluh-puluh pemuda menyerbu sebuah pusat permainan video di Ampang Disember lalu.

    Zuraida berharap penahanan Jamal perlu menjadi peringatan kepada semua pihak supaya tidak bertindak sendiri menyerbu mana-mana premis.

    Katanya, polis sekalipun perlu mematuhi prosedur sebelum melakukan sebarang serbuan.

    “Orang awam seperti Jamal harus serahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan ke atas apa-apa aduan. Terdapat saluran betul untuk menangani perkara seperti ini dan saya percaya polis peka terhadap aktiviti sedemikian.”

    Zuraida turut menggesa polis menyiasat dakwaan Jamal mengenai pusat hiburan dijadikan pusat perjudian haram dan jika benar, pihak berkuasa perlu memperketatkan kawalan terhadap aktiviti haram itu.


    Persoalan timbul, kenapa tiada laporan lanjut terhadap status kes "kekayaan luarbiasa" Zuraida dan juga kes kekayaan super luarbiasa Adam Rosly? Dan kenapa tindakan Jamal menyerbu premis judi tersebut  'bertukar' menjadi "rompakan berkumpulan". Pihak polis perlu perjelaskan kepada umum.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Perlu Hantar Jamal Ke Tanjung Rambutan - Zuraida Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top