• Entri Terkini

    Sunday, February 19, 2017

    SMUE: Rafizi nafi serah dokumen kepada Jamal

    SHAH ALAM 18 Feb. – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli cuba menafikan bahawa beliau memberikan dokumen ke­pada Pengerusi Ga­bu­ngan NGO-NGO Ma­laysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berhubung dakwaan pe­nyelewengan penyaluran dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Selangor yang membabitkan peruntukan kira-kira RM10 juta.

    Jamal Md. Yunos Rafizi menerusi akaun Twitternya pada Khamis lalu tidak mengaku beliau berbuat demikian walaupun Jamal dalam satu sidang akhbar sebelum membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) Selangor pada hari yang sama mendedahkan menerima dokumen tersebut daripada Naib Presiden PKR itu.

    Sebaliknya, Rafizi mengecam Jamal dengan melabelkannya sebagai ‘badut’, selain memperlekehkan usaha Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dalam membanteras amalan rasuah serta pe­nyalahgunaan kuasa di negeri ini.

    “Jamal kata dia dapat dokumen da­­ripada saya. Makin badut Jamal ini. Bagi dokumen dekat dia macam bagi bunga dekat kera. Habis rosak bunga nanti.

    Kalau saya ada bukti penye­lewengan mana-mana kerajaan, saya terus dedah kepada @SPRMMalaysia, bukannya bagi kepada badut.

    “Selepas Jamal bawa gayung bertuala ke SUK (bangunan Setiausaha Kerajaan Ne­ge­ri), tak ada orang nak percaya Jamal ni betul-betul nak banteras rasuah. Banteras rasuah dengan tuala & betis!” kata Rafizi menerusi akaun Twitternya.

    Pada 16 Februari lalu, Jamal mendakwa mendapat bukti penyelewengan kerajaan PKR Selangor daripada Rafizi yang menyerahkan kepadanya beberapa dokumen membabitkan penyelewangan SMUE yang disalurkan di bawah Yayasan Warisan Anak Sela­ngor (Yawas).


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SMUE: Rafizi nafi serah dokumen kepada Jamal Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top