• Entri Terkini

    Wednesday, February 08, 2017

    Sungai Besar Kini' Untuk Penduduk Sungai Besar

    SUNGAI BESAR: Akhbar 'Sungai Besar Kini' yang dilancarkan hari ini mengetengahkan isu santai dan isu semasa yang dekat dengan hati penduduk di kawasan Parlimen Sungai Besar.

    Pelancaran akhbar berbentuk tabloid itu disempurnakan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof di sini.

    Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi berkata akhbar terbitan pihaknya itu menampilkan penulis terdiri daripada sukarelawan tempatan.
    Ia juga sebagai wadah untuk menangkis fitnah pembangkang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran akhbar itu.

    Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, berkata sebagai permulaan akhbar itu dirancang diterbitkan setiap dua minggu.

    Katanya akhbar itu akan diedar secara percuma kepada penduduk setempat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti di kedai makan, surau dan masjid.

    Sementara itu, Akmar Hisham berkata inisiatif Budiman menerbitkan Sungai Besar Kini seharusnya dicontohi anggota parlimen BN lain kerana kaedah tersebut dilihat mampu menyebarkan maklumat serta dasar kerajaan persekutuan dengan lebih jelas kepada rakyat.

    Beliau berkata walaupun media sosial mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat sekarang, akhbar masih mempunyai pengaruhnya tersendiri terutama di kawasan luar bandar.

    "Diharap lebih ramai anggota parlimen meniru idea untuk menerbitkan tabloid bagi kawasan masing-masing," katanya.

    -- BERNAMA



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sungai Besar Kini' Untuk Penduduk Sungai Besar Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top