• Entri Terkini

    Wednesday, March 08, 2017

    Amalkan Budaya Membaca untuk membina sahsiah dan akhlak yang baik- Dr.Khir Toyo

    "Jika hendak menjadi orang berjaya mesti taat kepada perintah ALLAH SWT, Taati Ibubapa dan Guru-guru dan membaca al-quraan sebagai satu amalan setiap hari dan jadikan budaya membaca buku-buku ilmiah kerana ia akan dapat membina sahsiah dan akhlak yang baik daripada membuang masa melayani laman sembang di media sosial yang lebih banyak menabur fitnah dari perkara-perkara yang berfaedah" Dr Mohamad Khir Toyo berkata ketika merasmikan Program Elit di Sekolah Menengah Dato' Mustafa semalam.

    Program ELIT ini merupakan program kelas tambahan berfokus bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membantu murid dalam tiga mata pelajaran yg prestasi pencapaian lulus yang rendah berbanding pencapaian peratus lulus mata pelajaran yang lain seperti Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu dan lain-lain.

    Sejarah pelaksanaan program ini merupakan cetusan idea mantan pengetua SMK Dato' Mustaffa , Pn Halimah bt Desa pada tahun 2012. Pemilihan tiga mata pelajaran ini menjadi fokus utama untuk membantu murid-murid bumiputera sekolah ini yg majoritinya lemah atau dalam kategori galus. Kajian yang dijalankan berdasarkan keputusan akhir tahun tingkatan satu. Analisa menunjukkan tahap pencapaian di bawah 40% dan gagal menguasai tiga mata pelajaran ini. Justeru, sebagai langkah permulaan pihak pengurusan mengambil inisiatif utk mengatasi masalah berkenaan dengan mengadakan kelas bimbingan berfokus untuk 3 kelas utama sahaja iaitu tingkatan 2 Taqwa, 2 Bestari dan 2 Waja. Program kelas tambahan ini dilaksanakan mulai semester kedua sesi persekolahan. Sistem penjadualan yang teliti perlu diambilkira untuk mengelakkan rasa terbeban dikalangan guru dan murid.

    Program ELIT  merupakan satu wadah akademik yang menjadi kebanggaan  warga pendidik sessi petang di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang. Program ilmuan ini dilaksanakan sebagai rutin tahunan hasil sokongan padu Dr Hj Mohamad Khir b Toyo demi memenuhi aspirasi kelestarian akademik murid-murid tingkatan dua sekolah ini. Ia menjadi satu titik permulaan dalam menggapai kejayaan cita-cita murni ke arah persediaan menghadapi peperiksaan PT3 pada tahun hadapan. Usaha menggilap permata ini sangat penting untuk diteruskan demi kemaslahatan akademik murid-murid. Sokongan padu dan berterusan daripada Dr Mohamad Khir Toyo mantan ADUN Sungai Panjang dalam mendepani masalah kewangan amatlah bermakna dan dihargai oleh Warga SMK Dato Mustafa, sumbangan moral dan kewangan yang diberikan telah menyuntik semangat kepada warga pendidik untuk berusaha dengan gigih dalam mencapai matlamat program elit ini, budi dan jasa beliau sukar utk diungkapkan dengan kata-kata. Pn Hjh Rusnah bt Ramli selaku PK Petang merangkap pengerusi program turut meletakkan harapan yang tinggi agar program akademik ini bakal membuahkan hasil yang diimpikan.

    Pengetua sekolah, En Rahmat Bin Mardi, menegaskan kemenjadian akademik murid bukan sahaja semata mata terletak di bahu guru bahkan ibu bapa dan sokongan masyarakat diperlukan dalam menggembleng tenaga ke arah pencapaian akademik moral dan sahsiah yg lebih memberangsangkan.


    Dr Mohamad Khir Toyo juga telah menanam sepohon pokok Tin sebagai simbolik perasmian Program Elit ini.

    "Firman Allah SWT menerusi ayat pertama hingga ke 8 menerusi surah at-Tiin yang bermaksud, “Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. (Jika demikian kekuasaan-Ku), maka apakah yang menyebabkan (menjadikan) kamu mendustakan (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata adanya dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan-Ku mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) Hakim yang seadil-adilnya?” (Surah at-Tiin 95:1~8)



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Amalkan Budaya Membaca untuk membina sahsiah dan akhlak yang baik- Dr.Khir Toyo Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top