• Entri Terkini

    Sunday, March 19, 2017

    Ceritakan juga kejayaan BN- Annuar Musa

    BAGAN SERAI: Pemimpin dan ahli UMNO diminta jangan hanya menyanggah kritikan dan tuduhan dilemparkan terhadap parti itu dan kerajaan, sebaliknya turut 'mendendangkan' kejayaan dikecapi di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

    Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, menerusi kaedah menceritakan kejayaan yang dikecapi, ia secara tidak langsung boleh menafikan kritikan dan tuduhan yang dilemparkan, khususnya oleh pembangkang.

    "Pembangkang akan terus mengheret isu seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga pilihan raya.

    "Kenapa kita tidak menceritakan kejayaan ekonomi Malaysia yang mampu bertahan dalam kemelut ekonomi dunia, masalah hubungan Malaysia dan Singapura yang dapat diselesaikan pada zaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kejayaan tarik pelaburan China yang banyak dan kuota haji yang berjaya ditingkat?," katanya.

    Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan persidangan serentak Cawangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Bagan Serai di sini, sebentar tadi.

    Annuar berkata, pemimpin di setiap saf kepemimpinan dan ahli UMNO juga dinasihatkan tidak cepat gelabah apabila Perdana Menteri diserang musuh politiknya.

    Katanya, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan sentiasa dan terus diserang, tidak terkecuali ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ceritakan juga kejayaan BN- Annuar Musa Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top