• Entri Terkini

    Monday, March 27, 2017

    Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM425.5 bilion 

    KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 15 Mac, 2017, berjumlah US$94.9 bilion (bersamaan dengan RM425.5 bilion). 

    "Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar jangka pendek," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini. Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$88.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan aset rizab lain (US$3.3 bilion). 

    Aset bank pusat termasuklah emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk Hak Pengeluaran Khas (RM425.537 bilion), kertas-kertas kerajaan Malaysia (RM5.041 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.154 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.810 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM8.727 bilion). 

    Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab-rizab (RM145.448 bilion), mata wang dalam edaran (RM98.558 bilion), deposit oleh institusi persekutuan (RM176.323 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM5.610 bilion), deposit lain-lain (RM492.822 juta), kertas Bank Negara (RM9.477 bilion), peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM8.118 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM6.255 bilion). -  BERNAMA


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM425.5 bilion  Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top