• Entri Terkini

    Saturday, March 18, 2017

    'Skandal Projek Pam Air': Azmin Terlibat?

    Skandal terbaharu di Selangor melibatkan anak syarikat kerajaan negeri, KSSB. CEO Pengurusan tertinggi KSSB dikatakan melantik secara terus sebuah syarikat untuk melakukan kerja-kerja mengepam air ke sungai.

    Syarikat itu dikatakan milik Azmin Ali tetapi menggunakan proksi untuk mengaburi mata orang ramai.

    Dikatakan juga syarikat membuat tuntutan tidak munasabah bagi kerja-kerja mengepam air kepada kerajaan negeri tetapi diluluskan oleh pengurusan KSSB.

    Penyelewengan ini telahpun diadu kepada SPRM dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

    Skandal terbaru ini menambah koleksi skandal-skandal yang dikaitkan dengan kerajaan Selangor dan Azmin termasuk tawaran pembelian konsesi air daripada SPLASH, penggunaan wang Yawas untuk Ahli Parlimen Kuala Lumpur, penubuhan DEIG dan pelantikan Pengurus Besar Yawas yang muflis.


    sumber
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Skandal Projek Pam Air': Azmin Terlibat? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top