• Entri Terkini

    Friday, March 31, 2017

    Skandal YAWAS Pejabat Teresa Kok diserbu SPRM

    KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dekat Kuchai Lama di sini. Difahamkan, mereka tiba kira-kira jam 11 pagi.

    Tindakan itu dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS).

    Sumber SPRM ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

    Pada 16 Mac lalu, Jamal hadir ke pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS Shah Alam untuk membuat laporan selepas mendakwa Kok menyeleweng dana YAWAS.

    Jamal turut membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit.

    -SumberBHonline


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skandal YAWAS Pejabat Teresa Kok diserbu SPRM Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top