• Entri Terkini

    Thursday, April 06, 2017

    500 ahli PPBM Rembau umum keluar parti

    SEREMBAN: Seramai 500 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Rembau keluar parti malam ini kerana hilang kepercayaan kepada kepemimpinan parti itu.

    Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin, mendakwa keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama kumpulan ahli yang tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap hala tuju dan perjuangan PPBM.

    "Kami berusaha menggerakkan parti ini di peringkat awal dengan keringat dan wang ringgit sendiri, selain mencurahkan masa serta tenaga untuk memastikannya berjaya.

    "Tetapi kami kecewa apabila tiba waktu sepatutnya untuk melantik ketua bahagian dan jawatankuasa, kami yang bertanggungjawab memulakan gerakan ini dipinggirkan," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

    Beliau mendakwa, kumpulan itu juga kecewa kerana kepemimpinan parti itu mengenepikan suara orang muda apabila melantik pemimpin yang berusia dan tidak banyak menyumbang menjadi pemimpin di bahagian Rembau.

    Dakwanya, kumpulan itu tidak yakin PPBM mampu menghadapi pilihan raya umum dengan keadaan yang dihadapi di peringkat bahagian.

    Beliau juga mendakwa, akan mengadakan siri jelajah di seluruh Negeri Sembilan, manakala kira-kira 1,500 lagi ahli dijangka meninggalkan parti itu tidak lama lagi.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 500 ahli PPBM Rembau umum keluar parti Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top