• Entri Terkini

    Friday, April 07, 2017

    Azmin sedia disiasat oleh SPRM

    SABAK BERNAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia disiasat semula berhubung dakwaan harta luar biasa yang dimilikinya sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu.

    Beliau sentiasa terbuka dan akan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemilikan harta itu.

    "Terpulang kepada mereka (sekiranya mahu menyiasat semula). Ia bukan benda baharu, sebelum ini pun SPRM telah melakukan siasatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan (kerajaan negeri)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah padi Parit 10 Sungai Besar, di sini, hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah semalam bahawa kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu walaupun ia telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997.

    Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa SPRM membuka semula kertas siasatan kes pemilikan harta luar biasa Mohamed Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan munasabah. - BERNAMA


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Azmin sedia disiasat oleh SPRM Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top