• Entri Terkini

    Thursday, April 27, 2017

    Berakhirnya sebuah derita.....

    Kota Tinggi: Jenazah murid tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selamat dikebumikan, 12.20 tengah malam tadi.

    Jenazah Mohamad Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur di sini, yang dihadiri ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan tahfiz.

    Terdahulu, jenazah disembahyangkan di hospital berkenaan selepas selesai menjalani bedah siasat pada jam 10.30 malam sebelum dikebumikan berdekatan kediaman datuknya di Felda berkenaan pada 12.20 tengah malam tadi.

    Mohamad Thaqif meninggal dunia kira-kira 2 petang semalam ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.

    Mohamad Thaqif sepatutnya menjalani pembedahan tangan kanannya yang dijadual dilakukan pagi ini namun ditangguh kerana keadaan jantungnya lemah.

    Mohamad Thaqif pada mulanya dimasukkan ke HSI seminggu lalu susulan dilaporkan disebat oleh pembantu warden asrama madrasah.

    Kedua-dua kakinya sebelum ini turut dipotong pada Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.

    Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmatimu dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal sholeh, Alfatihah.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berakhirnya sebuah derita..... Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top