• Entri Terkini

    Saturday, April 22, 2017

    Datuk Jamal, terima kasih - Adam Rosly

    KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Ampang, Datuk Adam Rosly mengucapkan terima kasih kepada Ketua Umbo Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos kerana menawarkan khidmat guaman kepadanya.

    "Saya ucap terima kasih kepada Datuk Jamal kerana sudi menawarkan," ujarnya selepas membayar wang ikat jamin di kaunter pembayaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lewat petang semalam.

    Jamal sebelum ini dilaporkan menawarkan khidmat guaman kepada Adam kerana menurutnya ketua kepada Datuk muda itu sudah lepas tangan.

    Ketua yang dimaksudkan Jamal adalah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

    Adam sebelum itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berhubung kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

    Adam didakwa atas enam pertuduhan mengemukakan pernyataan dan dokumen palsu ketika disiasat SPRM, Febbruari lalu.

    Sepanjang penahanannya, rumah banglo yang dibeli RM1.2 juta secara tunai dan beberapa buah kereta mewahnya disita.

    "Saya telah beri kerjasama yang baik dengan SPRM. Biarlah SPRM siasat sebaiknya," ujar Adam.

    Isu kekayaan luar biasa Adam mula mencuri tumpuan ramai selepas dibongkarkan Jamal dan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Datuk Jamal, terima kasih - Adam Rosly Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top