• Entri Terkini

    Thursday, April 20, 2017

    Hilang Payudara Kiri, Suri Rumah Saman Kerajaan, Hospital



    KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah bertindak menyaman kerajaan dan doktor atas sebab kecuaian, mendakwa prosedur jantung yang dilakukan terhadapnya telah menyebabkan beliau kehilangan payudara sebelah kiri.

    I. Pertemahwadi menamakan pakar kardiotorasik di Hospital Serdang Dr Abdul Muiz Jasid dan kerajaan sebagai defendan.

    Beliau memfailkan tuntutan sivil di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada Khamis melalui peguam utama Datuk Dr Arunan Selvaraj.

    Bercakap kepada media di sini, Arunan berkata anak guamnya telah memfailkan tindakan undang-undang kerana pihak hospital gagal memberi penjelasan mengenai kejadian itu, yang didakwa berlaku apabila doktor melakukan pembedahan pintasan jantung terhadap anak guamnya.

    -Mstar


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hilang Payudara Kiri, Suri Rumah Saman Kerajaan, Hospital Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top