• Entri Terkini

    Saturday, April 22, 2017

    Raja Muda Selangor tanam pokok bakau

    PELABUHAN KLANG: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menanam anak pokok bakau sempena Program Bersih Bakau Pulau Ketam di sini, hari ini.

    Program anjuran Persatuan Alumni Sekolah Tengku Ampuan Jemaah (STAJ) yang turut disertai 250 peserta terdiri daripada alumni STAJ, sukarelawan dan aktivis alam sekitar itu menanam 300 anak pokok bakau.

    Ia antara lain bagi mendidik masyarakat mengenai kepentingan usaha menanam semula pokok bakau yang dianggap khazanah negara bagi memastikan generasi masa depan mendapat faedah daripadanya.

    Sementara itu, Pengerusi Alumni STAJ, Ahmad Mansor SA Abu Hassan, berkata ia adalah program tanggungjawab sosial korporat sempena Hari Bumi Sedunia 2017, yang disambut pada 22 April setiap tahun.

    "Program ini mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Hutan, pemimpin dan penduduk setempat bagi membantu merealisasikan impian untuk memulihara alam sekitar.

    "Habitat flora dan fauna kebanyakannya sudah musnah disebabkan aktiviti manusia yang membawa pencemaran kepada alam sekitar," katanya.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Raja Muda Selangor tanam pokok bakau Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top