• Entri Terkini

    Tuesday, May 02, 2017

    Manfaatkan pembukaan PI1M- Budiman

    Sungai Besar - Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus komited memajukan masyarakat di luar bandar di Selangor menerusi pembukaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang mampu memberikan manfaat kepada 5,000 penduduk di empat buah kampung di Parlimen Sungai Besar.

    Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, pembukaan PI1M itu membabitkan peruntukan sebanyak RM400,000 di kawasan Tebuk Haji Yusof di sini selain dilengkapi dengan 20 buah kemudahan komputer untuk kegunaan rakyat termasuklah golongan orang kurang upaya (OKU). 


    “Melalui pembukaan PI1M ini, rakyat di empat kampung iaitu di Kampung Tebuk Haji Yusof, Kampung Sungai Limau, Taman Bayu dan Taman Setia Jaya di sini akan mendapat manfaat dari segi kemudahan capaian maklumat. 

    manfaat pembukaan PI1M
    PI1M ini akan memudahkan komuniti setempat mendapatkan akses internet. Malah, pusat ini sekaligus akan merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dengan bandar sebagai mana yang dihasratkan oleh Kerajaan Persekutuan yang dipimpin BN. 


    “Jika dahulu, komuniti lebih perlukan kepada pembukaan perpustakaan. Namun perkembangan masa kini telah berubah selari dengan perkembangan teknologi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan PI1M di sini hari ini.


    Dalam pada itu, Budiman turut berharap pembukaan PI1M itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di kawasan itu sama ada para pelajar untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau para pengusaha produk tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka secara online. 


    “Malah, kita juga merancang untuk menambah sekurang-kurangnya tiga lagi PI1M di kawasan Parlimen Sungai Besar dalam tahun ini,” ujarnya.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Manfaatkan pembukaan PI1M- Budiman Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top