• Entri Terkini

    Saturday, June 03, 2017

    Hajat Allahyarham Tan Sri Noriah Disempurnakan Oleh Bekas Setiausaha Sulitnya

    Hasrat Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon untuk menyedekahkan telekung dan sejadah kepada pelajar tahfiz yang tertangguh lebih setahun selepas bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu maut dalam nahas helikopter akhirnya ditunaikan hari ini.

    Pihak yang mengambil tanggungjawab bagi menjayakan hajat arwah itu ialah bekas Setiausaha Sulit Allahyarham sendiri, Muslimin Yahaya, apabila beliau menyampaikan kira-kira 80 set telekung dan sejadah kepada 80 pelajar perempuan Tahfiz Al-Falah, di sini.

    Menurut Muslimin, yang kini bertugas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, ketika hayatnya, Noriah ada memaklumkan kepada beliau tentang hasratnya untuk menyedekahkan telekung dan sejadah kepada pelajar tahfiz pada bulan Ramadan.

    "Allahyarham merancang untuk menyedekahkannya pada bulan Ramadan tahun lalu, tetapi arwah terbabit dengan nahas helikopter pada Mei 2016 kira-kira sebulan sebelum kedatangan Ramadan tahun itu dan disebabkan banyak perkara perlu diselesaikan hasrat itu tidak dapat saya tunaikan tahun lalu.

    "Jadi pada Ramadan tahun ini, saya tunaikan hasrat arwah yang tertangguh itu dan semoga sumbangan ini walaupun kecil tetapi menjadi bekalan untuk arwah di akhirat kelak," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sumbangan tersebut.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hajat Allahyarham Tan Sri Noriah Disempurnakan Oleh Bekas Setiausaha Sulitnya Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top