• Entri Terkini

    Thursday, June 22, 2017

    Jasa dan Budi Tan Sri Noriah Kasnon dalam kenangan

    Sungai Besar; 22 Jun 2017

    Mengimbau kenangan bersama Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon yang setiap kali tibanya hari lebaran  pastinya allahyarhamah akan menziarahi Pusat Dialisis Mais Sungai Besar untuk menyampaikan sumbangan kepada pesakit dan juga kakitangan pusat-pusat rawatan dialisis ini.

    Hari ini lebih kurang 100 orang pesakit dan kakitangan di Pusat Dialisis Mais dan Pusat Dialisis Caring Sungai Besar telah menerima kunjungan dari ini Mantan Setiausaha Sulit Kanan Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, Tuan Muslimin Bin Yahaya yang kini bertugas sebagai Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri  untuk menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit dan juga kakitangan pusat rawatan dialisis tersebut. Muslimin Yahaya berkata beliau akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan ini bagi mengenang jasa allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon yang ketika hayatnya amat disayangi oleh setiap lapisan rakyat dikawasan Parlimen Sungai Besar ini dan segala pahalanya di sedekahkan kepada Allahyarhamah...Al- Fatihah.




    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jasa dan Budi Tan Sri Noriah Kasnon dalam kenangan Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top