• Entri Terkini

    Sunday, June 11, 2017

    Parit tersumbat : Petani bimbang tanaman cili tidak menjadi

    SABAK BERNAM 11 Jun - Tiga petani yang berkongsi mengusahakan tanaman cili fertigasi dengan modal sebanyak RM80,000 sejak sebulan lalu mungkin terpaksa gulung tikar sekiranya pihak berwajib masih gagal menyelesaikan masalah parit tersumbat di Kampung Batu 39, di sini.

    Itu yang diluahkan Firdaus Abdul Manaf, 33 , yang mana tanaman cili yang diusahakan bersama-sama rakannya, Mohd. Hishamudin Shah Mohd. Hansul Karip, 33 dan Nor Fadhilla Mohd. Naser , 32, tidak dapat diteruskan seperti biasa kerana ditenggelami air terutamanya jika berlaku hujan lebat.

    “Masalah ini sebenarnya berpunca daripada parit di kawasan ini yang tersumbat sehingga menyebabkan aliran air terganggu. Apabila hujan lebat, air dari tapak tanaman cili ini tidak dapat dialirkan ke dalam parit sehingga menyebabkan limpahan.

    “Akhirnya kawasan tanaman cili ini ditenggelami air. Malah, proses penanaman cili kami ini sudah tertangguh lima hari menyebabkan anak benih telah membesar dalam tapak semaian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Tambah Firdaus, pihaknya telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor pada minggu lalu namun tiada sebarang tindakan ambil sehingga kini.

    Dalam pada itu, beliau turut menyatakan sekiranya perkara itu berterusan, berkemungkinan besar 8,000 pokok cili dari jenis Sakata 461 miliknya itu akan rosak atau tumbesarannya bantut atau berhadapan dengan masalah daun kerinting.

    “Kami berharap sangat pihak kerajaan negeri terutamanya JPS mengambil tindakan segera membersihkan parit supaya aliran air lancar dan tidak menjejaskan tanaman,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Parit tersumbat : Petani bimbang tanaman cili tidak menjadi Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top