• Entri Terkini

    Friday, June 09, 2017

    Sultan Selangor rasmi Masjid Parit 12

    SABAK BERNAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan berangkat merasmikan Masjid Parit 12, Sungai Panjang dan berbuka puasa bersama rakyat di sini, petang tadi.

    Baginda yang tiba kira-kira jam 6.15 petang, diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, beberapa EXCO Selangor, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh.

    Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyampaikan Sumbangan Aidilfitri kepada 281 fakir dan miskin serta 94 saudara baharu yang menerima RM500 setiap seorang, sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

    Baginda dan penduduk kampung kemudiannya diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran sebelum mencemar duli merasmikan Masjid Parit 12.

    Masjid itu sebelum ini dikenali sebagai Masjid Nurul Falah Parit 12, Sungai Panjang iaitu antara masjid tertua dan terawal didirikan di kawasan berkenaan.

    Kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan yang membabitkan RM2 juta, dibiayai sepenuhnya Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dijalankan pada Jun 2015 sebelum siap sembilan bulan kemudian.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sultan Selangor rasmi Masjid Parit 12 Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top