• Entri Terkini

    Thursday, June 15, 2017

    Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan RM11.7 Juta Daripada Empat Syarikat

    SHAH ALAM, 15 Jun - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM11.7 juta daripada empat syarikat pada majlis berbuka puasa bersama-sama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di sini. 

    Empat syarikat berkenaan ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) yang diwakili pengerusinya Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4.7 juta selain Tenaga Nasional Berhad diwakili Pengurus Besar Negeri (Selangor) Bahagian Pembahagian TNB Datuk Mohd Zahir Md Nor (RM2.9 juta). 

    Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor Raja Shahren Raja Othman pula menyerahkan zakat perniagaan syarikat itu berjumlah RM2.5 juta manakala Seriemas Development Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Salem Kailany menyerahkan zakat berjumlah RM1.6 juta.....

    - Bernama


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan RM11.7 Juta Daripada Empat Syarikat Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top