• Entri Terkini

    Sunday, July 23, 2017

    PRU-14: UMNO Sungai Besar umum tiga calon awal

    SABAK BERNAM 23 Julai - Bagi mengelakkan perselisihan faham menjelang Pilihan Raya ke-14 (PRU-14), UMNO Bahagian Sungai Besar mengumumkan tiga calon awal untuk dipertimbangkan mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

    Pengumuman itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Jamal Md. Yunos semasa berucap sempena perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar yang disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

    Ketiga-tiga calon berkenaan menurut Jamal ialah Naib Ketua UMNO bahagian itu, Budiman Mohd. Zohdi untuk kerusi Parlimen Sungai Besar; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Datuk Imran Tamrin (DUN Sungai Panjang) serta Ketua UMNO Cawangan Seri Che Teh, Samad Wahab untuk bertanding di DUN Sekinchan. 

    Bagaimanapun, menurutnya pengumuman ketiga-tiga calon itu bukanlah untuk mendahului pucuk pimpinan parti, tetapi ia merupakan cadangan berdasarkan strategi yang dirangka di peringkat bahagian itu.

    “Jika sebelum ini ramai beranggapan mereka menjadi calon namun apabila tidak diumumkan mereka merajuk.

    “Kesannya, seramai 7,000 ahli UMNO tidak keluar mengundi. Maka, bagi mengelakkan perselisihan faham penamaan calon ini dilakukan lebih awal.

    “Kita perlu mengembalikan maruah pucuk pimpinan dan semangat perjuangan ahli UMNO terus membara serta bersiap sedia untuk pilihan raya akan datang,” katanya. - UTUSAN ONLINE.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PRU-14: UMNO Sungai Besar umum tiga calon awal Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top