• Entri Terkini

    Tuesday, August 08, 2017

    Manifesto Pendidikan Percuma PKR Hanya Sandiwara - Jamal Yunos

    KUALA SELANGOR 8 Ogos - Gabungan NGO Malaysia hari ini menuntut Kerajaan PKR Selangor supaya melaksanakan dasar pendidikan percuma kepada semua institusi pengajian tinggi di bawah seliaan negeri itu.

    Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, langkah itu perlu dilaksanakan berikutan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kepimpinan kerajaan negeri telah berjanji untuk melaksanakan dasar pendidikan percuma pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

    “Pembangkang telah berjanji dalam manifesto PRU yang lepas bahawa sekiranya mereka menang di Selangor, mereka akan melaksanakan sistem pendidikan percuma kepada semua institut pengajian tinggi di negeri ini.

    “Tetapi apa yang kita lihat sehingga kini janji itu tidak ditunaikan dan manifesto tersebut hanyalah bersifat sandiwara dan untuk menipu rakyat bagi meraih undi,” katanya selepas mengadakan demonstrasi aman di hadapan Universiti Selangor (Unisel) di sini, hari ini.

    - UtusanOnline

    - Gambar Ihsan dari FB  Al-Amin Kamaruddin



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Manifesto Pendidikan Percuma PKR Hanya Sandiwara - Jamal Yunos Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top