• Entri Terkini

    Monday, October 16, 2017

    Mohamed Azmin seharusnya malu- Budiman Mohd.Zohdi

    KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kepemimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP di Selangor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seharusnya rasa malu dengan kegagalan perhimpunan haram anjuran pakatan tersebut.

    Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, Timbalan Presiden PKR itu gagal menggunakan kesempatan dengan penganjuran di negeri sendiri untuk mendapatkan sokongan rakyat.

    “Jika diikutkan logik daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, dua kerusi Parlimen Petaling Jaya iaitu Petaling Jaya Selatan dan Utara merekodkan jumlah kemenangan parti di bawah pakatan dengan majoriti melebihi 60,000.

    “Jumlah majoriti di Petaling Jaya itu sahaja sudah boleh memenuhi 60 peratus sasaran mereka. Tetapi Mohamed Azmin gagal menterjemah angka ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Pada Sabtu lalu, perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP yang dianjurkan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hanya mencatatkan kehadiran kurang daripada 10,000 meskipun sasaran asal ialah 100,000 orang. - UTUSAN ONLINE


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mohamed Azmin seharusnya malu- Budiman Mohd.Zohdi Rating: 5 Reviewed By: Heroldnizam hnm
    Scroll to Top